1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
2. Log masuk ke bahagian pemohon.
3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.